info



well known as muzhaffar munir.This is offically my blog.To much to tell,so do follow yaa.kind-hearted person will be always in my heart babeyh!. Okay , i do make mistakes so make it nothing about that. Yeah , I talk & smile,have fun a lot , sorry . Thats all for now , enjoy and thank you .

Wednesday, December 23

Packing



assalamualaikum,peace on you
:)


sudah lama tak ku update bloggers ku ini.masa ini aku sibuk mengemaskan pakaian,keperluan harian dan sedikit pengalaman untuk digunakan semasa belajar nanti.lama juga aku berfikir dan sibuk tentang ini.kini semuanya lengkap,cuma ada beberapa perkara yang belum diselesaikan.ahh,itu biar ibubapaku yang selesaikan.segalanya tersiap rapi.diriku telah dikemaskan untuk berangkat.


aku harap teman temanku mendoakan kejayaan dan kesejahteraan ku sepanjang disana.tolong doa-doakan yaa.sampai masa kita berjumpa lagi.and aku berharap pada teman temanku tidak mudah lupa diri dan aku harap diriku juga begitu.tidak mudah bongkak dengan kejayaan dan keseronokan sepanjang disana nanti.walaupun jiwa dan hatiku masih disini,di bumi alam megah tetapi aku perlu meneruskan perjalananku menuju ke fasa hidupku yang baru.mungkin ia mengambil masa untuk menyesuaikan diri sepanjang disana.aku tau semua orang pastinya merasa begitu sekiranya perkara sebegini berlaku juga pada kamu semua.


sedang masih berkira kira mencipta kenangan bersama teman teman disini,aku diminta berjauhan pula dengan mereka.alhamdulilah,tapi bagaimana aku nak mengawal perasaan gembira yang berbaur sedih untuk meninggalkan tempat ini.okay pastinya pada teman teman,mereka merasakan perkara ini lumrah kehidupan tapi bukan bagiku.ia bagai sesuatu yang tak pernah aku idamkan.sesuatu yang mengejutkan mungkin.tak mengapa laa.aku harap aku still dapat survive hingga tamat belajar sepanjang disana.insyaallah.doakan aku disana yaa.



kepada teman temanku,terima kasih atas segalanya.semuanya manis belaka,namun biarlah yang pahit itu ku telan dalam dalam.hubungan baik perlu diteruskan.rajin rajinlaa contact sama saya,Muzhaffar Munir.janganlah tunggu aku mencari kamu disini.tak manis begitu.bagai menunggu seseorang ditempat yang asing untuk menegur sampai satu masa teman sendiri yang kita pilih untuk ditegur.aku tahu perjalanan pembelajaran di universiti pastinya memenatkan dan penuh dengan dugaan dan cabaran.serta kesibukan yang pasti dirasai.jangan risau,aku akan cuba mencari masa terluang untuk menghubungi kalian.kepada yang tidak dihubungi,janganlah kau rasa aku melupakan kau tetapi berfikirlah rasional dengan memberi pendapat yang baik seperti "mungkin tiada kesempatan untuk menghubungi".maaf ,sekali lagi dikatakan.aku disini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada teman teman.harap semua perkara yang buruk dan baik dimaafkan.samada dalam keadaan sedar atau tak sedar.samada dalam bentuk perkataan,atau perbuatan.maafkan aku.


kepada teman yang disayangi semua,terima kasih kepada yang telah menyampaikan ucapan selamat hari jadi kepada ku.bermakna dan pasti diingati satu persatu.harap disemat dalam hati.sampai sini sahaja aku dapat katakan.taktau laa jika ada benda yang ingin ditokok tambah.tapi kemungkinannya tiada kerana banyak perkara lagi yang perlu diselesaikan.sampai sini sahaja,terima kasih kerana membaca.moga berjaya semuanya.aku menyayangi kamu semua,dan pasti merindui kamu juga.that all ,

2 comments:

Qistina Rosdi said...

Muzhaffar , going to miss you here :) Goodluck , buddy .

eyfafafa(: said...

chill dude, i will always pray for your success. DO NOT forget me, pray for me too. and goodluck there. da ade gf tu pandai2 gtau ar. haha,